top of page
IMG-20200814-WA0026.jpg

MEMBANGUN POTENSI ANAK-ANAK

GENERASI MASA HADAPAN

AO 001.png
RANGKAIAN TADIKA
AL FIKH ORCHARD 

Tadika Al Fikh Orchard menyediakan sistem pendidikan  awal kanak-kanak (Tadika) menepati Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan.

Menggunakan pendekatan pembelajaran yang efektif sesuai dengan tahap kanak-kanak dan sasaran tunjang pendidikan iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai,Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, Tunjang Sains dan Teknologi, dan Tunjang Keterampilan.

Rangkaian Tadika Al Fikh Orchard menjadi pilhan terbaik anda mungkin berada di sekitar anda.

PROGRAM BIMBINGAN
USAHAWAN TADIKA

Al Fikh Orchard berazam melahirkan generasi cerdik dari peringkat awal pendidikan. Justeru, melalui Al Fiqh Orchard Early Childhood Consultancy ingin berkongsi misi membangun generasi hebat bersama persenol yang berjiwa pendidik.

Al Fiqh Orchard Early Childhood Consultancy menyediakan peluang kepada para usahawan yang berminat untuk mengusahakan tadika sendiri dengan memberikan khidmat nasihat bimbingan keusahawanan, modul pendidikan awal kanak-kanak, latihan pengurusan dan pengajaran untuk memastikan pengusaha tadika berdaya saing dan berjaya sebagai usahawan Tadika.

Kenali Kami

Al Fiqh Orchard sebuah  pusat pendidikan awak kanak-kanak ( Tadika ) yang dikenali sebagai Tadika Al Fikh semenjak tahun 2011, bermula dengan sebuah Tadika di Taman Setia Klang seterusnya berkembang kepada beberapa buah tadika di sekitar Lembah Klang dan pada tahun 2019 melonjak dengan jenama yang baharu, Al Fikh Orchad dengan 20 tadika di seluruh negara.

Al- Fiqh Orchad berazam untuk membangun generasi gemilang masa hadapan melalui platform pendidikan awal kanak-kanak kerana di usia inilah saat yang sangat sesuai untuk membangun dan membentuk nilai-nalai yang baik pada anak-anak.

 

Al Fikh Orchad menyediakan konsep pembelajaran bersepadu melibatkan pembangunan akademik, kerohanian, sikap, nilai, sosial, kominikasi yang meliputi tunjang pendidikan yang ditetapkan oleh Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan disamping integrasi metode pembelajaran efektif seperti motode pembelajaran bilik darjah, montessori, fun learning  dan lain-lain.

 

 

contact

Hubungi Kami

012-317 5872

105, Jalan Jed 3, Bandar Parklands,

42000 Klang, Selangor

bottom of page